Wednesday, October 9, 2019

PENCEMARAN ALAM SEKITAR ..

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua ... 

korang yang baca ni sihat tak? sekarang kan dah macam-macam penceraman terjadi kat bumi ni... hmmm ... so pada yang korang yang baca ni jagalah persekitaran korang agar sentiasa bersih dan korang pon dapatlah hidup udara segar. Seain tu korang tak la rasa rimas kan.. okay banyak pula cakap sekrang kita teruskan kepada topik.

Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata- kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.


 Saya mulakan topik ni dengan pengenalan tentang definasi pencemaran dan alam sekitar.

DEFINASI PENCEMARAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) mengatakan bahawa "pencemaran" adalah suatu perbuatan yang mencemarkan iaitu mengotorkan - pengotoran alam- perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap. 

DEFINASI ALAM SEKITAR
Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa inggeris ia disebut sebgai "environment" membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekiranya, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literallakan, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju kepada apa sahaja yang ada dikeliling manusia. Bagaimanapun, secara khususnya perkataan alam sekitar ni merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi suatu organisma di muka bumi.

JENIS-JENIS PENCEMARAN


Terdapat pelbagai cara pencemaran yang boleh berlaku. Ianya terbhagi kepada 2 jenis faktor iaitu :-

A.   FAKTOR SEMULA JADI
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam contohnya letusan gunung berapi, ribu taufan, banjir dan lain-lain.

A.   FAKTOR MANUSIA 
Pencemaran yang berlaku disebabkan oleh manusia samada sengaja ataupun tidak.
Di bawah senarai pencemaran yang disebabkan manusia

JENIS PENCEMARAN:
  • Pencemaran udara
Image result for pencemaran udara
Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan , ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif.

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid ,dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

  • Kesihatan manusia
Image result for pencemaran udara kesihatan manusia

Kesan utama pencemaran udara kepada manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.

Bahan tercemar seperti nitrogen oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata manusia.

Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
  • Tumbuhan
Image result for pencemaran udara kesihatan tumbuhan
Kesan kepada tumbuhan adalah seperti mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan pertumbuhan terbantut.

Kesan ini juga akan menyebabkan sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan itu akan mengganggu keseimbangan ekosistem.

  • Haiwan
Image result for pencemaran udara kesihatan haiwan burung

Haiwan akan terancam atau mati akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan tercemar oleh pencemaran udara.

Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara
ialah :

~ Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses fotosintesisnya.

~Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada berlarutan.

~Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas. Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.

~Meninggikan serombong asap dan memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu, serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.

~Penguatkuasaan undang-undang
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil tindakan selanjutnya.

~Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.

  • Pencemaran tanah 
Related image

Pencemaran tanah atau pencemaran tanih adalah disebabkan oleh kehadiran xenobiotik bahan kimia (buatan manusia) atau perubahan lain pada persekitaran tanah semulajadi. Ia biasanya disebabkan oleh aktiviti industri, bahan kimia pertanian, atau pelupusan sisa tidak wajar. Bahan kimia yang paling biasa terbabit ialah pelarut, racun perosak, plumbum, dan lain-lain logam berat. Pencemaran ini dikaitkan dengan tahap perindustrian dan intensiti penggunaan kimia.Kebimbangan mengenai pencemaran tanah berpunca terutamanya pada risiko kesihatan, akibat sentuhan secara langsung dengan tanah yang tercemar, wap daripada bahan cemar, dan dari pencemaran kedua bekalan air dalam dan di bawah tanah. 

Pemetaan laman tanah yang tercemar dan hasil pembersihan merupakan tugasan yang memakan masa dan mahal, memerlukan sejumlah luas kemahiran geologi, hidrologi, kimia, kemahiran pemodelan komputer, dan GIS bagi Pencemaran Alam Sekitar, dan juga pemahaman mengenai sejarah sisa kimia. Bahan buangan dari kilang juga merupakan punca pencemaran tanah.

Di Ameika Utara dan Eropah Barat tahap pencemaran tanah paling baik diketahui, dengan kebanyakan negara memiliki rangka kerja perundangan bagi mengenal pasti dan menangani masalah alam sekitar ini. Negara membangun biasanya kurang diselia dungguhpun sebahagian dari mereka telah mengalami proses perindustrian yang pesat dan banyak.
Punca
Pencemaran tanah boleh disebabkan oleh yang berikut:-

Ø  Tumpahan bahan kimia tanpa sengaja
Ø  Hujan asid (disebabkan oleh pencemaran udara)
Ø  Pertanian intensif
Ø  Penebangan hutan
Ø  Sisa nuklear
Ø  Tapak pelupusan dan pembuangan haram
Ø  Hakisan tanah
Ø  Amalan pertanian seperti penggunaan racun perosak, racun rumpai dan baja kimia
Ø  Perlombongan
Ø  Lambakan Minyak dan bahan api
Ø  Perlupusan sisa yang ditanam
Ø  Pelupusan arang batu.
Ø  Saliran air permukaan yang tercemar ke dalam tanah

Bahan kimia yang paling biasa terlibat adalah petroleum hidrokarbon, pelarut, racun perosak, plumbum, dan lain-lain logam berat.

  • Abu arang batu

Pemendapan sejarah abu arang batu yang digunakan bagi pemanasan tempat kediaman, komersil, dan pemanasan industri, dan juga untuk proses industri seperti peleburan bijih, adalah sumber pencemaran biasa di kawasan-kawasan perindustrian sebelum kira-kira 1960. Arang batu secara semula jadi menumpukan plumbum dan zink semasa pembentukannya, serta logam berat yang lain pada tahap yang lebih rendah. Apabila arang batu dibakar, kebanyakan logam ini menjadi tertumpu dalam abu (pengecualian utama adalah raksa). Abu arang batu dan sanga mungkin mengandungi plumbum yang mencukupi untuk memenuhi syarat sebagai "ciri sisa berbahaya", yang ditakrifkan di Amerika Syarikat sebagai mengandungi lebih daripada 5 mg/L plumbum boleh dikeluarkan melalui prosedur TCLP. Di samping plumbum, abu arang batu biasanya mengandungi kepekatan polynuclear hidrokarbon aromatik (PAH; contohnya, benzo(a)anthracene, benzo(b)fluorantena, benzo(k)fluorantena, benzo(a)pyrene, indeno(cd)pirena, phenanthrene, anthracene, dan lain-lain) yang berbeza-beza tetapi penting. PAH ini dikenali sebagai karsinogen pada manusia dan kepekatan yang diterima untuk mereka di dalam tanah biasanya sekitar 1 mg / kg. Abu arang batu dan sanga boleh dikenali dengan kehadiran biji putih di dalam tanah, tanah sekatanya kelabu, atau berbuih (arang batu sanga), bijirin kerikil besar.

  • Kumbahan

Kumbahan terawat enapcemar, yang dikenali dalam industri sebagai pepejalbio, telah menjadi kontroversi sebagai baja pada tanah. Ini kerana ia adalah hasil sampingan daripada rawatan kumbahan, ia biasanya mengandungi lebih banyak bahan cemar seperti organisma, racun perosak dan logam berat berbanding tanah yang lain.

Di Kesatuan Eropah, Arahan Rawatan Air Kumbahan Bandar membolehkan enapcemar kumbahan untuk disembur ke atas tanah. Jumlah ini dijangka berganda kepada 185,000 tan pepejal kering pada tahun 2005. Ini mempunyai ciri-ciri pertanian yang baik kerana kandungan nitrogen dan fosfat yang tinggi. Pada 1990/1991, berat basah 13% telah disembur ke 0.13% tanah itu; Walau bagaimanapun, ini dijangka meningkat 15 kali ganda menjelang tahun 2005. Penyokong amalan ini berkata terdapat keperluan untuk mengawal amalan ini supaya patogen mikroorganisma tidak termasuk ke dalam saluran air dan untuk memastikan bahawa tidak ada pengumpulan logam berat pada tanah atas. 

Racun perosak dan racun rumpai

Racun perosak merupakan bahan atau campuran bahan-bahan yang digunakan untuk membunuh perosak. Racun perosak boleh jadi bahan kimia, agen biologi (seperti virus atau bakteria), anti-mikrob, disinfektan atau peranti yang digunakan terhadap mana-mana perosak. Perosak termasuk serangga, patogen tumbuhan, rumpai, moluska, burung, mamalia, ikan, nematod (cacing gelang) dan mikrob yang bersaing dengan manusia untuk makanan, merosakkan harta benda, merebak atau merupakan vektor bagi penyakit atau menyebabkan gangguan. Walaupun terdapat faedah bagi penggunaan racun perosak, ada juga kelemahan, seperti potensi keracunan kepada manusia dan organisma lain.

Racun rumpai digunakan untuk membunuh rumpai, terutamanya di laluan pejalan kaki dan landasan kereta api. Ia adalah sama dengan auksin dan paling mesra alam oleh bakteria tanah. Walau bagaimanapun, satu kumpulan berasal dari trinitrotoluene (2:4 D and 2:4:5 T) mempunyai dioksin cemar, yang sangat toksik dan mampu menyebabkan kematian walaupun pada kepekatan yang rendah. Satu lagi racun herba adalah Paraquat. Ia adalah sangat toksik tetapi ia cepat terurai dalam tanah disebabkan oleh tindakan bakteria dan tidak membunuh fauna tanah.

Racun serangga yang digunakan untuk membersihkan ladang dari perosak yang merosakkan tanaman. Kerosakan serangga bukan sahaja terhadap tanaman tetapi juga pada hasil yang disimpan dan di kawasan tropika ia dijangka bahawa satu pertiga daripada jumlah dituai hilang semasa penyimpanan makanan. Sebagaimana dengan racun kulat, racun serangga mula digunakan pada abad kesembilan belas adalah bukan organik contohnya Hijau Paris dan sebatian arsenik lain. Nikotin juga telah digunakan sejak akhir abad kelapan belas.

Kini terdapat dua kumpulan utama racun serangga -

1. Organochlorines termasuk DDT, Aldrin, Dieldrin dan BHC. Ia adalah murah untuk dihasilkan, kuat dan berterusan. DDT telah digunakan pada skala besar-besaran dari tahun 1930-an, dengan kemuncak 72,000 tan digunakan pada tahun 1970. Kemudian penggunaan jatuh kerana kesan berbahaya pada alam sekitar telah disedari. Ia terdapat di seluruh dunia dalam ikan dan burung dan malah ditemui dalam salji di Antartika. Ia hanya larut sedikit dalam air tetapi sangat larut dalam aliran darah. Ia memberi kesan kepada sistem saraf dan endokrin dan menyebabkan kulit telur burung kekurangan kalsium menyebabkan ia boleh pecah dengan mudah. Ia dipercayai bertanggungjawab pada penurunan bilangan burung pemangsa seperti Ospreys dan helang peregrine pada tahun 1950 .

Selain peningkatan kepekatan melalui rantaian makanan, ia diketahui sebagai masuk melalui membran telap, menjadikan ikan menyerapnya melalui insang mereka. Kerana ia mempunyai keterlarutan air yang rendah, ia cenderung untuk tinggal di permukaan air, dengan itu organisma yang tinggal di situ adalah yang paling terjejas. DDT yang terdapat dalam ikan yang membentuk sebahagian daripada rantaian makanan manusia menyebabkan kebimbangan, tetapi tahap yang dijumpai dalam hati, buah pinggang dan tisu otak adalah kurang daripada 1 ppm dan lemak adalah 10 ppm, iaitu di bawah paras yang mungkin menyebabkan bahaya. Walau bagaimanapun, DDT diharamkan di UK dan Amerika Syarikat bagi menghentikan pemekatan selanjutnya dalam rantai makanan. Pengilang AS terus menjual DDT ke negara-negara membangun, yang tidak mampu penggantian bahan kimia mahal dan yang tidak mempunyai peraturan-peraturan yang ketat bagi pengawalan penggunaan racun perosak.
  • Agen perang
Penghapusan peluru, dan kelemahan semasa penghasilan peluru akibat mementingkan pengeluaran, mampu mencemarkan tanah pada tempoh berpanjangan. Terdapat sedikit bahan dicetak mengenai jenis pencemaran ini akibat sekatan yang dikenakan oleh Kerajaan oleh kebanyakan negara mengenai penerbitan mengenai bahan yang berkait dengan usaha perang. Bagaimanapun, gas mustard yang disimpan semasa Perang Dunia Kedua telah mencemari sebahagian tapak selama sehingga 50 tahun dan ujian Antraks sebagai potensi senjata biologi mencemarkan keseluruhan pulau Gruinard.


Kesan kesihatan
Pencemaran tanih atau tanah yang tercemar secara langsung memberi kesan kesihatan manusia melalui sentuhan langsung dengan tanah atau melalui penyedutan bahan cemar tanah yang telah mengewap; potensi ancaman yang lebih besar adalah ditimbulkan oleh penyusupan pencemaran tanah ke dalam akuifer air bawah tanah yang digunakan untuk kegunaan manusia, kadang-kadang di kawasan yang kelihatannya jauh dari mana-mana sumber jelas pencemaran tanah di atas.

Kesan kesihatan akibat pendedahan kepada pencemaran tanah berbeza bergantung kepada jenis pencemar, laluannya dan kelemahan pada penduduk yang terdedah. Pendedahan kronik kepada kromium, plumbum dan logam lain, petroleum, pelarut, dan banyak racun perosak dan racun herba formulasi boleh mengakibatkan karsinogenik, boleh menyebabkan gangguan kongenital, atau boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik lain. Tumpuhan bahan perindustrian buatan manusia atau bahan-bahan semulajadi, seperti nitrat dan ammonia yang berkaitan dengan baja ternakan daripada operasi pertanian, juga telah dikenal pasti sebagai membahayakan kesihatan dalam tanah dan pada air bawah tanah.
  • Pencemaran bunyi
Related image
Pencemaran bunyi (atau bunyi persekitaran) merupakan penghasilan bunyi yang kuat dan bising daripada mesin, haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan lain.

Kebanyakan sumber pencemaran ini berlaku di luar rumah seperti sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan, bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang tidak tersusun telah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan kawasan perumahan yang bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan perumahan.

Punca yang lain bagi pencemaran bunyi di dalam dan di luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan elektrik, perkakasan bermotor, dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan suara yang bising.

  • Kesan kepada kesihatan manusia
Image result for pencemaran bunyi


Kesan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan kesihatan secara fisiologi dan juga secara psikologi. Pencemaran bunyi mampu menyebabkan seseorang itu rimas dan mempunyai gangguan seperti sikap yang agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain. Seterusnya, tekanan dan hipertensi adalah punca utama masalah kesihatan, di mana telinga berdengung atau 'tinitus' yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan serangan panik yang tidak dapat diduga.

Pendedahan yang kronik kepada bunyi yang bising mungkin dapat menyebabkan kehilangan pendengaran akibat. Statistik telah menunjukkan bahawa lelaki yang berusia yang didedahkan kepada bunyi yang bising akan mengalami kekurangan pendengaran yang sensitif berbanding rakan sejawat yang tidak terdedah. Walaupun perbezaan di antara kedua-dua kumpulan dari segi pendengaran yang sensitif akan menurun dengan mengikut masa, tetapi kedua-dua kumpulan ini tidak dapat dibezakan ketika berumur 79 tahun. Satu perbandingan telah menunjukkan bahawa puak Maaban di Ghana tidak begitu terdedah kepada bunyi bising yang dihasilkan oleh pengangkutan atau perkilangan, berbanding dengan penduduk di Amerika Syarikat yang biasa. Perkara ini menunjukkan bahawa pendedahan kronik bunyi yang bising kepada persekitaran dengan tahap bising yang sederhana dapat menyumbang kepada kehilangan pendengaran.

Tahap bunyi bising yang tinggi mampu menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap sederhana tinggi dalam tempoh lapan jam boleh menyebabkan peningkatan statistik pada tekanan darah daripada lima hingga sepuluh poin. Peningkatan tekanan perasaan atau ‘vasoconstriction’ juga mendorong kepada peningkatan tekanan darah termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.

Pencemaran bunyi juga merupakan punca gangguan kepada orang ramai. Kajian pada tahun 2005 oleh penyelidik dari Sepanyol telah mendapati bahawa penghuni di sekitar kawasan bandar sanggup untuk membayar sekitar empat Euro pada setiap desibel dalam tempoh setahun bagi mengurangkan bunyi


  • Kesan alam sekitar
Bunyi bising mampu memberi kesan buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan pendengaran sementara atau kekal.

Kesan bising pada kehidupan haiwan adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka selepas terdedah kepada sonar tentera yang kuat.

Bunyi bising turut menyebabkan spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak balas vokal Lombard. Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan lagu paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan. Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara mereka akan tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini mungkin amaran, pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia akan menengelami suara speseis lain, menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat.

Burung Robin Eropah European Robins yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung untuk menyanyi pada waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas. Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu siang adalah jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding pencemaran cahaya, yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut.

Zebra finch menjadi kurang taat dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini mampu mengubah arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolusi yang besar
Pengurangan dan mengawal bunyi

Tiub bunyi di Melbourne, Australia, direka bagi mengurangkan bising laluan jalan tanpa mengurangkan kecantikan kawasan tersebut.
Teknologi bagi mengurangkan atau menyingkir bunyi boleh dilaksanakan seperti berikut:

Terdapat pelbagai strategi bagi mengurangkan bunyi jalan termasuk: penggunaan halangan bunyi, menghadkan kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan kenderaan berat, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi mengurangkan brek dan pecutan, dan reka bentuk tayar. Faktor penting dalam perlaksanaan strategi ini adalah model komputer bagi bunyi jalan, yang mampu menangani topografi, meteorologi, operasi trafik dan pengurangan hipotesis tempatan. Kos membina pengurangan bina dalam adalah serdahana, tertakluk kepada penyelesaian ini difikirkan pada tahap perancangan projek laluan jalan.

Bising kapal terbang boleh dikurangkan sehingga satu tahap dengan mereka semula enjin jet yang lebih senyap, yang dilakukan dengan tekunnya pada 1970-an dan 1980-an. Strategi ini telah membawa pengurangan terhad tetapi disedari bagi tahap bising bandar. Pertimbangan operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan landasan, telah membuktikan kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan terbang. Program penebat semula disponsor oleh FAA bermula sejak 1970-an juga mendapat kejayaan besar bagi mengurangkan bising dalam kediaman bagi beribu penduduk seluruh Amerika Syarikat.

Pendedahan pekerja kepada bising pengilangan telah diatasi sejak 1930-an. Perubahan termasuk reka semula peralatan perkilangan, memasang sistem gantungan dan halangan fizikal di tempat kerja.

Amerika Bebas Bising ("Noise Free America"), pertubuhan anti pencemaran bunyi, sering melobi bagi perlaksanaan undang-undang bunyi disemua tahap kerajaan.


  • Pencemaran air 
Image result for pencemaran air
Pencemaran air mempengaruhi seluruh biosfera tumbuhan dan organisma yang hidup di dalam jasad air tersebut, serta organisma dan tumbuhan yang mungkin terdedah kepada airnya. Kesannya boleh merosakkan bukan sahaja kepada spesies individu, tetapi juga kepada komuniti biologi semula jadi.

Sumber-sumber pencemaran air boleh dikumpulkan dalam sumber-sumber titik, sumber-sumber bukan titik (meresap) dan pencemaran air bawah tanah. Bahan pencemar yang membawa kepada pencemaran air termasuk spektrum bahan kimia, patogen, dan perubahan fizikal yang meluas seperti suhu tinggi.

Pengukuran pencemaran air dijalankan dengan menganalisis sampel air dengan ujian fizikal, kimia dan biologi. Kawalan pencemaran air boleh dicapai dengan rawatan air sisa yang sesuai (ini termasuk rawatan air sisa kumbahan dan perindustrian), menyediakan perkhidmatan sanitasi yang dikendalikan dengan selamat untuk orang yang tidak mempunyai akses, rawatan air sisa pertanian, hakisan dan kawalan sedimen dari tapak pembinaan, dan mengawal air larian bandar (air hujan).


Punca-punca pencemaran air


~Pembuangan sampah sarap

Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Tindakan tidak bertanggungjawab penduduk terutama penghuni perumahan setinggan yang membuang sampah sarap telah menyebabkan pencemaran air yang serius.

~Sisa toksid dari sektor kilang
Antara punca utama pencemaran air sungai ialah pembuangan sisa toksid dari kilang. Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

~Sisa domestik
Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan setinggan sering dialirkan ke sungai yang berhampiran. Penggunaan tandas tradisional yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan najis juga menyumbang kepada pencemaran air sungai.

~Tumpahan minyak
Pembersihan kapal perikanan yang membuang minyak diesel ke sungai juga telah menyebabkan pencemaran air. Hasil tangkapan yang busuk dibuang ke dalam sungai. Ini juga menyebabkan pencemaran air.

Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak dan kawasan pelantar minyak di perairan pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak, juga menyebabkan pencemaran laut yang serius. Hidupan akuatik juga terancam!

~Aktiviti pembinaan
Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang berhampiran juga menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki sungai terutamanya ketika hujan lebat. Ini telah menyebabkan sungai tercemar dengan lumpur dan menjadi cetek. Akhirnya akan berlaku banjir.

1.      Menjejaskan kehidupan akuatik.

Related image

sisa toksik daripada industri yg dibuang menyebabkan sisa kimia berkumpul di laut dan sungai dan ph air juga akan meningkat.
Sisa Perindustrian sering mengandungi banyak sebatian toksik yang merosakkan kesihatan haiwan akuatik dan makanannya.
racun boleh menyebabkan kesan yang boleh membawa maut dan kehilangan habitat kepada kehidupan haiwan 
sebagai contohnya, perairan di terengganu ekoran daripada pembuangan sisa domestik ke dalam laut menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik.

2.      Menjejaskan kesihatan manusia.

 Related image

kehidupan laut seperti ikan dan kerang yg ada didalam laut yg dimakan oleh manusia boleh mengakibatkan penyakit berjangkit.
pembuangan sampah turut menyebabkan pembiakan dan memberi masalah kepada air dan manusia kerana sumber makanan manusia terdiri daripada air.
kandungan nitrat yang tinggi dan berlebihan di dalam air akan menyebabkan keracunan
penyakit seperti taun, penyakit gatal-gatal (alahan), dan kuman .
`contohnya, yang belaku di teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksik menyebabka nmanusia menjadi sakit   kepala, kebas-kebas dan jarak penglihatan menjadi kabur.

 3.      Mengurangkan tekanan oksigen didalam air.

 Image result for pencemaran air pada akuantik

sisa kumbahan dan sisa toksik terkumpul dipermukaan air, dan terampai di air  tawar
mengurangkan kualiti air manusia dan alam sekitar untuk kehidupan laut.
mengurangkan jumlah cahaya matahari menembusi air, menganggu pertumbuhan fotosintesis dan mikro-organisma
zarah Sulfat dari hujan asid boleh menyebabkan menjejaskan kesihatan hidupan laut di      
sungai-sungai dan tasik ianya akan mencemarkan , dan boleh menyebabkan kematian


Cara mengatasi


1.      Jangan buang sampah ke dalam sungai, tasik atau laut.

Membersihkan sampah yang ada dipantai dan laut (mengumpul sampah dan masukkan ke dalam tong sampah berhampiran dan menjalankan aktiviti kitar semula.
mengambil tindakan pada mereka yang melanggar peraturan yang di tetapkan oleh pihak berkuasa dengan berat.
mengadakan kempen dalam kalangan masyarakat iaitu sayangi sumber utama kita iaitu air.
memasang perangkap sampah di dalam longkang bagi mengelakkan sampah tersebut mengalir masuk ke dalam sungai

2.    Melakukan proses rawatan loji kumbahan air.

kumbahan akan melalui beberapa proses pembuangan bahan kimia untuk mengurangkan jumlah sisa toksik.
zarah pepejal dan bahan bukan organik dikeluarkan dengan menggunakan penapis.
menggunakan penapis biologi dan proses yang secara semula jadi merendahkan bahan buangan organik.

3.     Memelihara air dengan mematikan pili air 

ianya memebantu mengelakkan masalah pembaziran air dan mengurangkan kuantiti air yang tercemar yang perlu di rawat.
jangan membuang bahan cecair seperti cat,minyak atau cecair lain yang menyukarkan proses rawatan kedalam singki, lubang tandas  dan dalam longkang kerana ianya menyukarkan proses merawat air



Bagi memastikan langkah-langkah bagi setiap pencemaran menjadi, pihak berkuasa tempatan harus melakukan observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa tempatanlah yang menjadi petualang dengan menerima suapan, maka benarlah pepatah, "harapkan pagar, pagar makan padi". Mereka harus dihukum. Selain itu, kita sebagai warga penduduk tempatan perlulah lebih mengambil berat dalam krisis ni sebab korang punya tempat korang kenalah lebih menghargai, lagipun demi masa depan anak-anak korang jugak kan. Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar terhadap masyarakat di dunia.

Yang baik datang dari tuhan dan yang buruk dan cacat cela blog ini datang dari diri saya sendiri.......Sekian dari saya ...




Saya wakil dari kumpulan saya yang mempunyai 4 orang anggota berharap korang semua dapat ambil iktibar dari blog ini ... sama-sama kita ubah persekitaran kita..

RABIATUL ADAWIYAH BT ZABRI
(09DRG19F1007)
JASLEY BALISA MANAIG
(09DRG19F1043)
MOHAMAD SUHAIRI BIN MOHD SAID
(09DRG19F1027)
NUR DEENA ALIYA BINTI ZULKIFLI
 (09DRG19F1011)



No comments:

Post a Comment