PENCEMARAN ALAM SEKITAR ..
Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua ...
korang yang baca ni
sihat tak? sekarang kan dah macam-macam penceraman terjadi kat bumi ni... hmmm
... so pada yang korang yang baca ni jagalah persekitaran korang agar sentiasa
bersih dan korang pon dapatlah hidup udara segar. Seain tu korang tak la rasa
rimas kan.. okay banyak pula cakap sekrang kita teruskan kepada topik.
Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata- kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.
Saya
mulakan topik ni dengan pengenalan tentang definasi
pencemaran dan alam sekitar.
Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata- kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.
DEFINASI PENCEMARAN
Menurut Kamus Dewan Bahasa Dan
Pustaka (DBP) mengatakan bahawa "pencemaran" adalah suatu perbuatan
yang mencemarkan iaitu mengotorkan - pengotoran alam- perbuatan mencemarkan
kebersihan alam sekeliling dengan sampah sarap.
DEFINASI ALAM SEKITAR
Perkataan alam sekitar atau dalam
bahasa inggeris ia disebut sebgai "environment" membawa maksud
keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekiranya, sekiranya berdasarkan
kepada terjemahan literallakan, maka perkataan “alam sekitar” adalah menuju
kepada apa sahaja yang ada dikeliling manusia. Bagaimanapun, secara khususnya
perkataan alam sekitar ni merujuk kepada fenomena fizikal yang melingkungi
suatu organisma di muka bumi.
JENIS-JENIS PENCEMARAN
Terdapat pelbagai cara pencemaran
yang boleh berlaku. Ianya terbhagi kepada 2 jenis faktor iaitu :-
A.
FAKTOR SEMULA JADI
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor
semulajadi adalah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya
bencana alam contohnya letusan gunung berapi, ribu taufan, banjir dan lain-lain.
A.
FAKTOR MANUSIA
Pencemaran yang berlaku disebabkan oleh manusia
samada sengaja ataupun tidak.
Di bawah senarai pencemaran yang disebabkan
manusia
JENIS PENCEMARAN:
- Pencemaran udara

Pencemaran udara merupakan satu
keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau
bahan biologi yang boleh menyebabkan kemudaratan , ketidakselesaan kepada
manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia
dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemaran udara adalah seperti gas karbon dioksida,
sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum
tembaga dan sisa radioaktif.
Pencemaran udara berpunca daripada
pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang,
kenderaan motor di jalan raya, asap rokok,pembakaran terbuka dan letusan gunung
berapi. Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu,
hujan asid ,dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan
terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.
- Kesihatan manusia

Kesan utama pencemaran udara kepada
manusia adalah sistem pernafasan. Gas-gas seperti karbon monoksida akan
meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan melambatkan tindak balas
manusia. Kesan seterusnya akan menyebabkan seseorang itu mengantuk, mempunyai
penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
Bahan tercemar seperti nitrogen
oksida boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari. Bahan tercemar seperti
gas ozon boleh menimbulkan kerengsaan dan akan menyebabkan inflamasi paru-paru
dan ketidakupayaan untuk bergerak. Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan
lain juga menghalang penglihatan mata manusia.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap tahun disebabkan
oleh pencemaran udara. Ia adalah tiga kali lebih tinggi daripada jumlah
kematian yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan.
- Tumbuhan

Kesan kepada tumbuhan adalah seperti
mengalami kerosakan nekrosis (keguguran daun), klorosis (pertukaran warna), dan
pertumbuhan terbantut.
Kesan ini juga akan menyebabkan
sebahagian daripada penduduk bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi yang
akhirnya menganggu kehidupan seharian. Selain itu, kesan itu akan mengganggu
keseimbangan ekosistem.
- Haiwan
Haiwan akan terancam atau mati
akibat daripada pencemaran udara. Perkara ini disebabkan oleh udara yang
memasuki paru-paru haiwan. Selain itu, makanan daripada sumber tumbuhan akan
tercemar oleh pencemaran udara.
Antara langkah-langkah yang boleh
dilaksanakan untuk mengurangkan pencemaran udara
ialah :
~ Menghijaukan kawasan
Penanaman pokok seperti pokok
buah-buahan di persekitaran taman perumahan dapat mengurangkan masalah
peningkatan suhu! Selain itu, kandungan karbon dioksida dalam udara dapat
dikurangkan dan meningkatkan kandungan gas oksigen melalui proses
fotosintesisnya.
~Penggunaan petrol tanpa plumbum
Penggunaan petrol tanpa plumbum
dapat mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan. Langkah
ini dapat mengurangkan masalah jerebu yang sering berlaku di waktu pagi dan
juga dapat mengelakkan masalah kesihatan seperti batuk dan selsema daripada
berlarutan.
~Program kitar semula
Udara yang tercemar akibat
pembakaran terbuka yang dilakukan penduduk di sekitar taman perumahan boleh
diatasi dengan menggalakkan mereka menjual barang-barang yang boleh dikitar
semula kepada peniaga barang terpakai. Antara barang yang boleh dikitar semula
ialah surat khabar, majalah lama, kertas terpakai dan kotak kertas.
Barang-barang ini boleh diproses semula untuk menghasilkan kertas baru.
~Meninggikan serombong asap dan
memasang alat penapis asap
Pihak berkuasa mesti mewajibkan
pihak kilang meninggikan serombong asap 30 meter ke udara. Disamping itu,
serombong asap itu hendaklah dipasang alat penapis asap agar asap yang
dilepaskan adalah asap bersih yang telah dirawat dan tidak mencemarkan udara.
~Penguatkuasaan undang-undang
Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) diberi kuasa untuk mengawasi mana-mana kilang di negeri
masing-masing. Oleh itu, jika ada kilang yang tidak mematuhi akta kualiti alam
sekitar, penduduk di sekitarnya boleh membuat aduan kepada PBT untuk diambil
tindakan selanjutnya.
~Kempen
Kempen mencintai alam sekitar yang
disiarkan dalam TV dan radio hendaklah dihayati supaya alam sekitar kita
terpelihara. Rasa tanggungjawab perlu disemai dalam diri setiap individu agar
alam sekitar bersih dan selamat untuk generasi akan datang.
- Pencemaran tanah

Pencemaran
tanah atau pencemaran tanih adalah disebabkan oleh kehadiran xenobiotik bahan
kimia (buatan manusia) atau perubahan lain pada persekitaran tanah semulajadi.
Ia biasanya disebabkan oleh aktiviti industri, bahan kimia pertanian, atau
pelupusan sisa tidak wajar. Bahan kimia yang paling biasa terbabit ialah
pelarut, racun perosak, plumbum, dan lain-lain logam berat. Pencemaran ini
dikaitkan dengan tahap perindustrian dan intensiti penggunaan kimia.Kebimbangan
mengenai pencemaran tanah berpunca terutamanya pada risiko kesihatan, akibat
sentuhan secara langsung dengan tanah yang tercemar, wap daripada bahan cemar,
dan dari pencemaran kedua bekalan air dalam dan di bawah tanah.
Pemetaan
laman tanah yang tercemar dan hasil pembersihan merupakan tugasan yang memakan
masa dan mahal, memerlukan sejumlah luas kemahiran geologi, hidrologi, kimia,
kemahiran pemodelan komputer, dan GIS bagi Pencemaran Alam Sekitar, dan juga pemahaman
mengenai sejarah sisa kimia. Bahan buangan dari kilang juga merupakan punca
pencemaran tanah.
Di Ameika
Utara dan Eropah Barat tahap pencemaran tanah paling baik diketahui, dengan
kebanyakan negara memiliki rangka kerja perundangan bagi mengenal pasti dan
menangani masalah alam sekitar ini. Negara membangun biasanya kurang diselia
dungguhpun sebahagian dari mereka telah mengalami proses perindustrian yang
pesat dan banyak.
Punca
Pencemaran
tanah boleh disebabkan oleh yang berikut:-
Ø
Tumpahan bahan kimia tanpa sengaja
Ø
Hujan asid (disebabkan oleh
pencemaran udara)
Ø
Pertanian intensif
Ø
Penebangan hutan
Ø
Sisa nuklear
Ø
Tapak pelupusan dan pembuangan haram
Ø
Hakisan tanah
Ø
Amalan pertanian seperti penggunaan
racun perosak, racun rumpai dan baja kimia
Ø
Perlombongan
Ø
Lambakan Minyak dan bahan api
Ø
Perlupusan sisa yang ditanam
Ø
Pelupusan arang batu.
Ø
Saliran air permukaan yang tercemar
ke dalam tanah
Bahan kimia
yang paling biasa terlibat adalah petroleum hidrokarbon, pelarut, racun
perosak, plumbum, dan lain-lain logam berat.
- Abu arang batu
Pemendapan
sejarah abu arang batu yang digunakan bagi pemanasan tempat kediaman, komersil,
dan pemanasan industri, dan juga untuk proses industri seperti peleburan bijih,
adalah sumber pencemaran biasa di kawasan-kawasan perindustrian sebelum
kira-kira 1960. Arang batu secara semula jadi menumpukan plumbum dan zink
semasa pembentukannya, serta logam berat yang lain pada tahap yang lebih
rendah. Apabila arang batu dibakar, kebanyakan logam ini menjadi tertumpu dalam
abu (pengecualian utama adalah raksa). Abu arang batu dan sanga mungkin
mengandungi plumbum yang mencukupi untuk memenuhi syarat sebagai "ciri
sisa berbahaya", yang ditakrifkan di Amerika Syarikat sebagai mengandungi
lebih daripada 5 mg/L plumbum boleh dikeluarkan melalui prosedur TCLP. Di
samping plumbum, abu arang batu biasanya mengandungi kepekatan polynuclear
hidrokarbon aromatik (PAH; contohnya, benzo(a)anthracene, benzo(b)fluorantena,
benzo(k)fluorantena, benzo(a)pyrene, indeno(cd)pirena, phenanthrene,
anthracene, dan lain-lain) yang berbeza-beza tetapi penting. PAH ini dikenali
sebagai karsinogen pada manusia dan kepekatan yang diterima untuk mereka di
dalam tanah biasanya sekitar 1 mg / kg. Abu arang batu dan sanga boleh dikenali
dengan kehadiran biji putih di dalam tanah, tanah sekatanya kelabu, atau
berbuih (arang batu sanga), bijirin kerikil besar.
- Kumbahan
Kumbahan
terawat enapcemar, yang dikenali dalam industri sebagai pepejalbio, telah
menjadi kontroversi sebagai baja pada tanah. Ini kerana ia adalah hasil
sampingan daripada rawatan kumbahan, ia biasanya mengandungi lebih banyak bahan
cemar seperti organisma, racun perosak dan logam berat berbanding tanah yang
lain.
Di Kesatuan
Eropah, Arahan Rawatan Air Kumbahan Bandar membolehkan enapcemar kumbahan untuk
disembur ke atas tanah. Jumlah ini dijangka berganda kepada 185,000 tan pepejal
kering pada tahun 2005. Ini mempunyai ciri-ciri pertanian yang baik kerana
kandungan nitrogen dan fosfat yang tinggi. Pada 1990/1991, berat basah 13%
telah disembur ke 0.13% tanah itu; Walau bagaimanapun, ini dijangka meningkat
15 kali ganda menjelang tahun 2005. Penyokong amalan ini berkata terdapat
keperluan untuk mengawal amalan ini supaya patogen mikroorganisma tidak
termasuk ke dalam saluran air dan untuk memastikan bahawa tidak ada pengumpulan
logam berat pada tanah atas.
Racun
perosak dan racun rumpai
Racun
perosak merupakan bahan atau campuran bahan-bahan yang digunakan untuk membunuh
perosak. Racun perosak boleh jadi bahan kimia, agen biologi (seperti virus atau
bakteria), anti-mikrob, disinfektan atau peranti yang digunakan terhadap
mana-mana perosak. Perosak termasuk serangga, patogen tumbuhan, rumpai,
moluska, burung, mamalia, ikan, nematod (cacing gelang) dan mikrob yang
bersaing dengan manusia untuk makanan, merosakkan harta benda, merebak atau
merupakan vektor bagi penyakit atau menyebabkan gangguan. Walaupun terdapat
faedah bagi penggunaan racun perosak, ada juga kelemahan, seperti potensi
keracunan kepada manusia dan organisma lain.
Racun rumpai
digunakan untuk membunuh rumpai, terutamanya di laluan pejalan kaki dan
landasan kereta api. Ia adalah sama dengan auksin dan paling mesra alam oleh
bakteria tanah. Walau bagaimanapun, satu kumpulan berasal dari trinitrotoluene
(2:4 D and 2:4:5 T) mempunyai dioksin cemar, yang sangat toksik dan mampu
menyebabkan kematian walaupun pada kepekatan yang rendah. Satu lagi racun herba
adalah Paraquat. Ia adalah sangat toksik tetapi ia cepat terurai dalam tanah
disebabkan oleh tindakan bakteria dan tidak membunuh fauna tanah.
Racun
serangga yang digunakan untuk membersihkan ladang dari perosak yang merosakkan
tanaman. Kerosakan serangga bukan sahaja terhadap tanaman tetapi juga pada
hasil yang disimpan dan di kawasan tropika ia dijangka bahawa satu pertiga
daripada jumlah dituai hilang semasa penyimpanan makanan. Sebagaimana dengan
racun kulat, racun serangga mula digunakan pada abad kesembilan belas adalah
bukan organik contohnya Hijau Paris dan sebatian arsenik lain. Nikotin juga
telah digunakan sejak akhir abad kelapan belas.
Kini
terdapat dua kumpulan utama racun serangga -
1.
Organochlorines termasuk DDT, Aldrin, Dieldrin dan BHC. Ia adalah murah untuk
dihasilkan, kuat dan berterusan. DDT telah digunakan pada skala besar-besaran
dari tahun 1930-an, dengan kemuncak 72,000 tan digunakan pada tahun 1970.
Kemudian penggunaan jatuh kerana kesan berbahaya pada alam sekitar telah
disedari. Ia terdapat di seluruh dunia dalam ikan dan burung dan malah ditemui
dalam salji di Antartika. Ia hanya larut sedikit dalam air tetapi sangat larut
dalam aliran darah. Ia memberi kesan kepada sistem saraf dan endokrin dan
menyebabkan kulit telur burung kekurangan kalsium menyebabkan ia boleh pecah
dengan mudah. Ia dipercayai bertanggungjawab pada penurunan bilangan burung
pemangsa seperti Ospreys dan helang peregrine pada tahun 1950 .
Selain
peningkatan kepekatan melalui rantaian makanan, ia diketahui sebagai masuk
melalui membran telap, menjadikan ikan menyerapnya melalui insang mereka.
Kerana ia mempunyai keterlarutan air yang rendah, ia cenderung untuk tinggal di
permukaan air, dengan itu organisma yang tinggal di situ adalah yang paling
terjejas. DDT yang terdapat dalam ikan yang membentuk sebahagian daripada
rantaian makanan manusia menyebabkan kebimbangan, tetapi tahap yang dijumpai
dalam hati, buah pinggang dan tisu otak adalah kurang daripada 1 ppm dan lemak
adalah 10 ppm, iaitu di bawah paras yang mungkin menyebabkan bahaya. Walau
bagaimanapun, DDT diharamkan di UK dan Amerika Syarikat bagi menghentikan
pemekatan selanjutnya dalam rantai makanan. Pengilang AS terus menjual DDT ke
negara-negara membangun, yang tidak mampu penggantian bahan kimia mahal dan
yang tidak mempunyai peraturan-peraturan yang ketat bagi pengawalan penggunaan
racun perosak.
- Agen perang
Penghapusan
peluru, dan kelemahan semasa penghasilan peluru akibat mementingkan
pengeluaran, mampu mencemarkan tanah pada tempoh berpanjangan. Terdapat sedikit
bahan dicetak mengenai jenis pencemaran ini akibat sekatan yang dikenakan oleh
Kerajaan oleh kebanyakan negara mengenai penerbitan mengenai bahan yang berkait
dengan usaha perang. Bagaimanapun, gas mustard yang disimpan semasa Perang
Dunia Kedua telah mencemari sebahagian tapak selama sehingga 50 tahun dan
ujian Antraks sebagai potensi senjata biologi mencemarkan keseluruhan pulau
Gruinard.
Kesan
kesihatan
Pencemaran
tanih atau tanah yang tercemar secara langsung memberi kesan kesihatan manusia
melalui sentuhan langsung dengan tanah atau melalui penyedutan bahan cemar
tanah yang telah mengewap; potensi ancaman yang lebih besar adalah ditimbulkan
oleh penyusupan pencemaran tanah ke dalam akuifer air bawah tanah yang
digunakan untuk kegunaan manusia, kadang-kadang di kawasan yang kelihatannya
jauh dari mana-mana sumber jelas pencemaran tanah di atas.
Kesan
kesihatan akibat pendedahan kepada pencemaran tanah berbeza bergantung kepada
jenis pencemar, laluannya dan kelemahan pada penduduk yang terdedah. Pendedahan
kronik kepada kromium, plumbum dan logam lain, petroleum, pelarut, dan banyak
racun perosak dan racun herba formulasi boleh mengakibatkan karsinogenik, boleh
menyebabkan gangguan kongenital, atau boleh menyebabkan keadaan kesihatan
kronik lain. Tumpuhan bahan perindustrian buatan manusia atau bahan-bahan
semulajadi, seperti nitrat dan ammonia yang berkaitan dengan baja ternakan
daripada operasi pertanian, juga telah dikenal pasti sebagai membahayakan
kesihatan dalam tanah dan pada air bawah tanah.
- Pencemaran bunyi

Pencemaran bunyi (atau bunyi
persekitaran) merupakan penghasilan bunyi yang kuat dan bising daripada mesin,
haiwan atau manusia yang mengganggu aktiviti atau keseimbangan kehidupan lain.
Kebanyakan sumber pencemaran ini
berlaku di luar rumah seperti sistem pengangkutan, termasuk bunyi kenderaan,
bunyi kapal terbang, dan bunyi kereta api. Perancangan bandar yang tidak
tersusun telah menimbulkan pencemaran bunyi kerana bangunan kilang dan kawasan
perumahan yang bersebelahan boleh menyebabkan pencemaran bunyi dalam kawasan
perumahan.
Punca yang lain bagi pencemaran
bunyi di dalam dan di luar rumah adalah penggera kereta, siren perkhidmatan
kecemasan, perkakasan pejabat, mesin pengilangan, kerja pembinaan, peralatan
penyenggaraan laman, salakan anjing, alatan elektrik, perkakasan bermotor,
dengungan lampu, sistem hiburan audio, pembesar suara, dan suara yang bising.
- Kesan kepada kesihatan manusia
Kesan bunyi adalah berkait dengan kesihatan dan tingkah-laku secara semulajadi. Bunyi yang tidak dikehendaki ini dikenali sebagai pencemaran bunyi. Bunyi yang tidak diingini ini mampu merosakkan kesihatan secara fisiologi dan juga secara psikologi. Pencemaran bunyi mampu menyebabkan seseorang itu rimas dan mempunyai gangguan seperti sikap yang agresif, hipertensi, tahap tekanan tinggi, kehilangan pendengaran, gangguan tidur, dan kesan buruk yang lain. Seterusnya, tekanan dan hipertensi adalah punca utama masalah kesihatan, di mana telinga berdengung atau 'tinitus' yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah daya ingatan, tekanan teruk dan serangan panik yang tidak dapat diduga.
Pendedahan yang kronik kepada bunyi
yang bising mungkin dapat menyebabkan kehilangan pendengaran akibat. Statistik
telah menunjukkan bahawa lelaki yang berusia yang didedahkan kepada bunyi yang
bising akan mengalami kekurangan pendengaran yang sensitif berbanding rakan
sejawat yang tidak terdedah. Walaupun perbezaan di antara kedua-dua kumpulan
dari segi pendengaran yang sensitif akan menurun dengan mengikut masa, tetapi
kedua-dua kumpulan ini tidak dapat dibezakan ketika berumur 79 tahun. Satu
perbandingan telah menunjukkan bahawa puak Maaban di Ghana tidak begitu
terdedah kepada bunyi bising yang dihasilkan oleh pengangkutan atau
perkilangan, berbanding dengan penduduk di Amerika Syarikat yang biasa. Perkara
ini menunjukkan bahawa pendedahan kronik bunyi yang bising kepada persekitaran
dengan tahap bising yang sederhana dapat menyumbang kepada kehilangan
pendengaran.
Tahap bunyi bising yang tinggi mampu
menyumbang kepada kesan kardiovaskular dan pendedahan kepada tahap sederhana
tinggi dalam tempoh lapan jam boleh menyebabkan peningkatan statistik pada
tekanan darah daripada lima hingga sepuluh poin. Peningkatan tekanan perasaan
atau ‘vasoconstriction’ juga mendorong kepada peningkatan tekanan darah
termasuk juga peningkatan kejadian penyakit arteri koronari.
Pencemaran bunyi juga merupakan
punca gangguan kepada orang ramai. Kajian pada tahun 2005 oleh penyelidik dari
Sepanyol telah mendapati bahawa penghuni di sekitar kawasan bandar sanggup
untuk membayar sekitar empat Euro pada setiap desibel dalam tempoh setahun bagi
mengurangkan bunyi
- Kesan alam sekitar
Bunyi bising mampu memberi kesan
buruk pada haiwan menyebabkan tekanan, meningkat risiko kematian dengan menukar
keseimbangan sensitif pengesanan dan mengelak pemangsa/mangsa, dan menganggu
penggunaan bunyi mereka sebagai perhubungan terutama berkait dengan pembiakan
dan navigasi. Dedahan lampau akustik boleh mendorong kepada kehilangan
pendengaran sementara atau kekal.
Kesan bising pada kehidupan haiwan
adalah kemusnahan habitat yang disebabkan bunyi bising, dalam kes spesies
terancam mungkin merupakan laluan kepada kepupusan. Pencemaran bunyi telah
menyebabkan kematian speseis paus tertentu yang menyadai diri mereka selepas
terdedah kepada sonar tentera yang kuat.
Bunyi bising turut menyebabkan
spesies berhubung lebih kuat, yang dikenali sebagai tindak balas vokal
Lombard. Ahli sains dan penyelidik telah melakukan ujian yang menunjukkan
lagu paus adalah lebih panjang apabila pengesan kapal selam diaktifkan. Sekiranya makhluk tidak "bercakap" cukup kuat, suara mereka akan
tenggelam oleh bunyi "anthropogenik". Bunyi yang tidak didengari ini
mungkin amaran, pencarian mangsa, atau persediaan bagi jaring buih. Apabila
satu spesies mula bersuara lebih kuat, ia akan menengelami suara speseis lain,
menyebabkan keseluruhan sistem ekologi akhirnya bercakap lebih kuat.
Burung Robin Eropah European Robins
yang tinggal dalam persekitaran bandar lebih cenderung untuk menyanyi pada
waktu malam di tempat yang memiliki pencemaran bunyi yang tinggi pada waktu
siang, mencadangkan bahawa ia menyanyi malam kerana ia lebih senyap, dan
perutusan mereka boleh disebarkan melalui persekitaran dengan lebih jelas. Yang menariknya, kajian yang sama membuktikan bahawa bunyi waktu siang adalah
jangkaan lebih kuat bagi nyanyian waktu malam berbanding pencemaran cahaya,
yang sering kali dikatakan punca fenomena tersebut.
Zebra finch menjadi kurang taat
dengan pasangannya apabila terdedah kepada bunyi trafik. Ini mampu mengubah
arah evolusi melalui pemilihan trait, menyerap sumber yang biasanya digunakan
bagi aktiviti laindan dengan itu mendorong kepada akibat genetik dan evolusi
yang besar
Pengurangan dan mengawal bunyi
Tiub bunyi di Melbourne, Australia,
direka bagi mengurangkan bising laluan jalan tanpa mengurangkan kecantikan
kawasan tersebut.
Teknologi bagi mengurangkan atau
menyingkir bunyi boleh dilaksanakan seperti berikut:
Terdapat pelbagai strategi bagi
mengurangkan bunyi jalan termasuk: penggunaan halangan bunyi, menghadkan
kelajuan kenderaan, menukar tekstur permukaan jalan, menghadkan kenderaan
berat, menggunakan kawalan trafik yang melicinkan aliran trafik bagi
mengurangkan brek dan pecutan, dan reka bentuk tayar. Faktor penting dalam
perlaksanaan strategi ini adalah model komputer bagi bunyi jalan, yang mampu
menangani topografi, meteorologi, operasi trafik dan pengurangan hipotesis
tempatan. Kos membina pengurangan bina dalam adalah serdahana, tertakluk kepada
penyelesaian ini difikirkan pada tahap perancangan projek laluan jalan.
Bising kapal terbang boleh
dikurangkan sehingga satu tahap dengan mereka semula enjin jet yang lebih
senyap, yang dilakukan dengan tekunnya pada 1970-an dan 1980-an. Strategi ini
telah membawa pengurangan terhad tetapi disedari bagi tahap bising bandar. Pertimbangan
operasi, seperti menukar laluan penerbangan dan tempoh masa penggunaan
landasan, telah membuktikan kebaikannya bagi penduduk berhampiran lapangan
terbang. Program penebat semula disponsor oleh FAA bermula sejak 1970-an juga
mendapat kejayaan besar bagi mengurangkan bising dalam kediaman bagi beribu
penduduk seluruh Amerika Syarikat.
Pendedahan pekerja kepada bising
pengilangan telah diatasi sejak 1930-an. Perubahan termasuk reka semula
peralatan perkilangan, memasang sistem gantungan dan halangan fizikal di tempat
kerja.
Amerika Bebas Bising ("Noise
Free America"), pertubuhan anti pencemaran bunyi, sering melobi bagi
perlaksanaan undang-undang bunyi disemua tahap kerajaan.
Pengukuran pencemaran air dijalankan dengan
menganalisis sampel air dengan ujian fizikal, kimia dan biologi. Kawalan
pencemaran air boleh dicapai dengan rawatan air sisa yang sesuai (ini termasuk
rawatan air sisa kumbahan dan perindustrian), menyediakan perkhidmatan sanitasi
yang dikendalikan dengan selamat untuk orang yang tidak mempunyai akses,
rawatan air sisa pertanian, hakisan dan kawalan sedimen dari tapak pembinaan,
dan mengawal air larian bandar (air hujan).
Yang baik datang dari tuhan dan yang buruk dan cacat cela blog ini datang dari diri saya sendiri.......Sekian dari saya ...
Saya wakil dari kumpulan saya yang mempunyai 4 orang anggota berharap korang semua dapat ambil iktibar dari blog ini ... sama-sama kita ubah persekitaran kita..
RABIATUL ADAWIYAH BT ZABRI
(09DRG19F1007)
JASLEY BALISA MANAIG
(09DRG19F1043)
MOHAMAD SUHAIRI BIN MOHD SAID
(09DRG19F1027)
NUR DEENA ALIYA BINTI ZULKIFLI
(09DRG19F1011)
- Pencemaran air

Pencemaran air mempengaruhi seluruh
biosfera tumbuhan dan organisma yang hidup di dalam jasad air tersebut, serta
organisma dan tumbuhan yang mungkin terdedah kepada airnya. Kesannya boleh
merosakkan bukan sahaja kepada spesies individu, tetapi juga kepada komuniti
biologi semula jadi.
Sumber-sumber pencemaran air boleh
dikumpulkan dalam sumber-sumber titik, sumber-sumber bukan titik (meresap) dan
pencemaran air bawah tanah. Bahan pencemar yang membawa kepada pencemaran air
termasuk spektrum bahan kimia, patogen, dan perubahan fizikal yang meluas
seperti suhu tinggi.
Punca-punca pencemaran air
~Pembuangan sampah sarap
Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah
dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Tindakan tidak
bertanggungjawab penduduk terutama penghuni perumahan setinggan yang membuang
sampah sarap telah menyebabkan pencemaran air yang serius.
~Sisa toksid dari sektor kilang
Antara punca utama pencemaran air sungai ialah pembuangan
sisa toksid dari kilang. Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang
memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran
air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam
longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.
~Sisa domestik
Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan
perumahan setinggan sering dialirkan ke sungai yang berhampiran. Penggunaan
tandas tradisional yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan najis juga
menyumbang kepada pencemaran air sungai.
~Tumpahan minyak
Pembersihan kapal perikanan yang membuang minyak diesel ke
sungai juga telah menyebabkan pencemaran air. Hasil tangkapan yang busuk
dibuang ke dalam sungai. Ini juga menyebabkan pencemaran air.
Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak dan kawasan
pelantar minyak di perairan pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak, juga
menyebabkan pencemaran laut yang serius. Hidupan akuatik juga terancam!
~Aktiviti pembinaan
Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang
berhampiran juga menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki
sungai terutamanya ketika hujan lebat. Ini telah menyebabkan sungai tercemar
dengan lumpur dan menjadi cetek. Akhirnya akan berlaku banjir.
1. Menjejaskan kehidupan akuatik.

sisa toksik
daripada industri yg dibuang menyebabkan sisa kimia berkumpul di laut dan
sungai dan ph air juga akan meningkat.
Sisa
Perindustrian sering mengandungi banyak sebatian toksik yang merosakkan
kesihatan haiwan akuatik dan makanannya.
racun boleh
menyebabkan kesan yang boleh membawa maut dan kehilangan habitat kepada
kehidupan haiwan
sebagai
contohnya, perairan di terengganu ekoran daripada pembuangan sisa domestik ke
dalam laut menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik.
2. Menjejaskan kesihatan manusia.

kehidupan
laut seperti ikan dan kerang yg ada didalam laut yg dimakan oleh manusia boleh
mengakibatkan penyakit berjangkit.
pembuangan
sampah turut menyebabkan pembiakan dan memberi masalah kepada air dan manusia
kerana sumber makanan manusia terdiri daripada air.
kandungan
nitrat yang tinggi dan berlebihan di dalam air akan menyebabkan keracunan
penyakit
seperti taun, penyakit gatal-gatal (alahan), dan kuman .
`contohnya,
yang belaku di teluk Minamata, Jepun, pencemaran toksik menyebabka nmanusia
menjadi sakit kepala, kebas-kebas dan
jarak penglihatan menjadi kabur.
3.
Mengurangkan tekanan oksigen didalam air.
sisa
kumbahan dan sisa toksik terkumpul dipermukaan air, dan terampai di air tawar
mengurangkan
kualiti air manusia dan alam sekitar untuk kehidupan laut.
mengurangkan
jumlah cahaya matahari menembusi air, menganggu pertumbuhan fotosintesis dan
mikro-organisma
zarah Sulfat
dari hujan asid boleh menyebabkan menjejaskan kesihatan hidupan laut di
sungai-sungai
dan tasik ianya akan mencemarkan , dan boleh menyebabkan kematian
Cara
mengatasi
1. Jangan buang sampah ke dalam sungai,
tasik atau laut.
Membersihkan
sampah yang ada dipantai dan laut (mengumpul sampah dan masukkan ke dalam tong
sampah berhampiran dan menjalankan aktiviti kitar semula.
mengambil
tindakan pada mereka yang melanggar peraturan yang di tetapkan oleh pihak
berkuasa dengan berat.
mengadakan
kempen dalam kalangan masyarakat iaitu sayangi sumber utama kita iaitu air.
memasang
perangkap sampah di dalam longkang bagi mengelakkan sampah tersebut mengalir
masuk ke dalam sungai
2. Melakukan proses rawatan loji kumbahan air.
kumbahan
akan melalui beberapa proses pembuangan bahan kimia untuk mengurangkan jumlah
sisa toksik.
zarah
pepejal dan bahan bukan organik dikeluarkan dengan menggunakan penapis.
menggunakan
penapis biologi dan proses yang secara semula jadi merendahkan bahan buangan
organik.
3. Memelihara air dengan mematikan pili air
ianya
memebantu mengelakkan masalah pembaziran air dan mengurangkan kuantiti air yang
tercemar yang perlu di rawat.
jangan
membuang bahan cecair seperti cat,minyak atau cecair lain yang menyukarkan
proses rawatan kedalam singki, lubang tandas
dan dalam longkang kerana ianya menyukarkan proses merawat air
Bagi memastikan langkah-langkah bagi setiap pencemaran menjadi,
pihak berkuasa tempatan harus melakukan observasi dengan kerap. Sekiranya pihak
berkuasa tempatanlah yang menjadi petualang dengan menerima suapan, maka
benarlah pepatah, "harapkan pagar, pagar makan padi". Mereka harus
dihukum. Selain itu, kita sebagai warga penduduk tempatan perlulah lebih mengambil berat dalam krisis ni sebab korang punya tempat korang kenalah lebih menghargai, lagipun demi masa depan anak-anak korang jugak kan. Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat
dikekalkan keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan
yang konkrit untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui
bahawa jika alam sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausan
signifikan alam sekitar terhadap masyarakat di dunia.
Yang baik datang dari tuhan dan yang buruk dan cacat cela blog ini datang dari diri saya sendiri.......Sekian dari saya ...
Saya wakil dari kumpulan saya yang mempunyai 4 orang anggota berharap korang semua dapat ambil iktibar dari blog ini ... sama-sama kita ubah persekitaran kita..
RABIATUL ADAWIYAH BT ZABRI
(09DRG19F1007)
JASLEY BALISA MANAIG
(09DRG19F1043)
MOHAMAD SUHAIRI BIN MOHD SAID
(09DRG19F1027)
NUR DEENA ALIYA BINTI ZULKIFLI
(09DRG19F1011)